Suara.com - Apa itu malam Nisfu Syaban? Malam Nisfu Syaban adalah malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.
Malam Nisfu Syaban ini juga merupakan hari di mana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Lantas, mengapa malam Nisfu Syaban begitu istimewa? Ada banyak kelebihan malam Nisfu Syaban, di antaranya adalah malam ini merupakan terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.
Dari Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam Nisfu Syaban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”, (Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah).
Amalan di Malam Nisfu Syaban
Sebetulnya Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada Malam Nisfu Syaban.
Tetapi dalam masa yang sama, sebagai umat Muslim kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.
Berikut ini adalah beberapa amalan malam nisfu syaban yang boleh dikerjakan:
1. Sholat Sunnah Nisfu Syaban
Baca Juga: 4 Amalan Bulan Syaban, Petik Pahala dan Persiapan Ramadhan 2023
Sholat sunnah Nisfu Syaban adalah termasuk dalam sholat sunat mutlak, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaban. Sholat ini boleh didirikan selepas mengerjakan sholat Maghrib, Isyak atau bersama sholat-sholat sunnah qiamullail.